Lemas di pantai Kampung Sungai Ular

Iklan

Jenazah Fitrah Dhia Zahraa Zaidi, 9, dan Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, diratapi ahli keluarga selepas ditemui lemas ketika mandi di pantai Kampung Sungai Ular, hari ini. Seorang lagi mangsa Mohd Fazrul Hakimi Mohd Arifin,11, masih hilang dan seorang mangsa lagi Fitrah Dhia Zulikha Zaidi,13, telah berjaya diselamatkan penduduk kampung.

Mereka berempat yang tinggal berhampiran dengan tempat kejadian dipercayai turun bermain di pantai kira-kira 5.30 petang dan didapati lemas kira-kira jam 5.45 petang.

Iklan
Iklan