Jantung anak terhenti 10 minit: Lana Nodin

Iklan

"SAYA mohon maaf dan tolong doakan anak saya," begitu rayuan Lana Nodin sebentar tadi di IG livenya.

Jelas Lana, jantung anaknya telah terhenti selama 10 minit ketika mahu melakukan prosedur pembedahan jantung.

Iklan
Iklan

"Doktor masukkan ubat bius tapi tiba-tiba jantung anak saya terhenti. Lebih kurang 10 minit barulah jantungnya dapat digerakkan semula.

"Oleh itu doktor mengambil keputusan tidak teruskan prosedur pembedahan supaya dia dapat berehat selama 48 jam.

Iklan

"Selepas itu kalau nak teruskan prosedur," jelas Lana sebak.

Kini William Daud McKienzie atau Billy ditempatkan di wad ICU, Institut Jantung Negara (IJN).

Iklan

Terdahulu, Lana memberitahu anak lelakinya itu menderita masalah injap (aortic stenosis).

Lana mendirikan rumah tangga bersama David McKienzie pada Mac 2015.

Selain William, pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata pertama, Gia Quinn McKienzie yang kini berusia tiga tahun