SHAH ALAM - Perkhidmatan ekspres antarabangsa akan disambung semula ke destinasi antarabangsa yang terpilih mulai 1 Mac ini.
Pos Malaysia Berhad dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, perkhidmatan itu disediakan bagi penghantaran antarabangsa dokumen dan barangan dengan penambahan surcaj sementara yang akan dikenakan ke Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.