Syarikat kurier kantoi guna patung sebagai kakitangan

Iklan
Sebuah syarikat kurier di China menggunakan patung sebagai pemeriksa keselamatan kerana mahu mengurangkan kos. - Agensi

ZHENGZHOU - Sebuah syarikat kurier di wilayah Henan, China berdepan kecaman selepas tindakan mereka menggunakan patung mannequin sebagai pemeriksa keselamatan didedahkan kepada umum.

Satu rakaman gambar dari dalam cawangan ZTO Express di daerah Luyi menunjukkan patung berkenaan berpakaian seragam syarikat sambil duduk di hadapan komputer seolah-olah memaparkan dirinya sedang sibuk bekerja.

Iklan
Iklan

Difahamkan, patung berkenaan telah 'bertugas' selama beberapa bulan sebagai langkah pengurangan kos oleh syarikat terbabit.

Perkara itu terbongkar selepas seorang kakitangan wanita memberitahu wartawan bahawa dia bakal dipecat oleh pengurus cawangan sekiranya mendedahkan situasi sebenar di syarikat berkenaan.

Iklan
Iklan

Susulan itu, satu siasatan dijalankan pihak berkuasa dan denda telah dikenakan ke atas syarikat kurier tersebut. - Agensi