ARAU - Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin Covid-19 dengan menyebar maklumat palsu bagi memburukkan penggunaannya.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, polis sentiasa melakukan pemantauan di media sosial bagi tujuan itu.