Tukang cat tidak mengaku bunuh adik perempuan

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang tukang cat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh adik perempuannya, tahun lepas.

Lim Poo Teck, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid.

Iklan
Iklan

Lelaki itu didakwa membunuh Lim Poh Ling, 38, di sebuah rumah di Jinjang Utara, di sini antara 6.30 petang dan 7 malam, 21 Januari 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Iklan

Mahkamah menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Iklan