ADUN Sebatik keluar parti: GRS tunggu dan lihat
Iklan
Datuk Seri Bung Moktar Radin
KOTA KINABALU - Sudah menjadi lumrah pemimpin atau ahli memilih untuk keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan atau perjuangan parti.
Timbalan Pengerusi I Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, perkara itu tidak terkecuali dalam tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mengumumkan keluar parti hari ini dan menyokong kerajaan negeri pimpinan GRS.
Iklan
Iklan
"Pemimpin dan ahli parti akan keluar jika hilang keyakinan kepada pemimpin dan perjuangan parti... kita tidak tahu ke arah mana YB (Yang Berhormat) ini, kita tunggu dan lihat dulu," kata Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah itu ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi Whatsapp hari ini.
Bung Moktar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, parti itu mengalu-alukan Hassan A Gani sekiranya beliau memilih untuk menyertainya, bagaimanapun prosedur kemasukan ke dalam parti perlu dipatuhi.
Iklan
Hassan A Gani, dalam temu bual dengan Bernama hari ini mengumumkan keluar Warisan atas alasan parti itu masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.
Susulan tindakan Hassan A Gani menyokong GRS, gabungan itu yang dianggotai parti komponen Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah kini memiliki sokongan 48 ADUN daripada keseluruhan 79 ADUN negeri tersebut. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Sebatik umum keluar Warisan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>