Keutamaan vaksin untuk pengurusan kanan hospital tidak benar
Iklan
PUTRAJAYA - Laporan mengatakan bahawa Hospital Serdang merancang untuk memberi vaksin Covid-19 kepada pihak pengurusan kanan hospital dan pempengaruh (influencer) terlebih dahulu adalah tidak benar.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, beliau telah mendapat pengesahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkara itu.