Kru kapal Malaysia antara enam kes import baharu di Singapura

Iklan
Seorang lelaki warga Malaysia berusia 51 tahun merupakan antara enam kes import baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura pada Rabu

SINGAPURA - Seorang lelaki warga Malaysia berusia 51 tahun merupakan antara enam kes import baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Kementerian itu memaklumkan lelaki berkenaan adalah seorang kru kapal yang tiba dari Malaysia dan diuji semasa berada di atas kapal.

Iklan
Iklan

Pemegang pas lawatan jangka pendek itu tidak menunjukkan gejala, menurut kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan di sini lewat malam Rabu.

Kes import lain ialah dari India, Indonesia, Jepun dan Sri Lanka.

Iklan

Mereka merupakan antara tujuh kes baharu dicatatkan di Singapura pada Rabu manakala satu lagi kes adalah penularan tempatan, menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kepada 59,890 kes.

Setakat ini, kementerian mengklasifikasikan 3,056 daripada kes dilaporkan sebagai import, 2,323 adalah kes komuniti dan 54,511 kes melibatkan penghuni asrama. - Bernama

Iklan