Cuaca panas

Iklan

Kelihatan pejalan kaki menggunakan payung dalam cuaca panas ketika tinjauan foto BERNAMA di sekitar ibu kota hari ini.

Negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga pertengahan Mac depan dengan taburan hujan agak rendah di Semenanjung Malaysia terutamanya di utara Semenanjung.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini.