Penganggur dihukum penjara, sebat kerana dadah

Iklan
Kompleks Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur yang pernah dihukum kerana kes dadah, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas kesalahan sama.

Hakim Dazuki Ali membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Yusof Sulaiman, 45, yang mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah mengaku salah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39C (1) akta sama.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis selama dua tahun.

Mengikut pertuduhan, Mohd Yusof didakwa menyalahgunakan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dengan memasukkan ke dalam badannya sendiri yang menjadi kesalahan kali ketiga pernah dilakukan.

Iklan

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 8 malam, 16 Oktober lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Rabiatul Adawiah Soupy, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan