Lengang

Iklan

Hutan Lipur Jeram Toi yang menjadi tempat riadah dan rekreasi penduduk setempat khasnya dari Jelebu dan Negeri Sembilan dilihat masih ditutup kepada orang awam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk mencegah penularan pandemik COVID-19.

Jeram yang terletak dalam daerah Jelebu kira-kira 25 kilometer dari Bandaraya Seremban dan 15 kilometer daripada Kuala Klawang sering dikunjungi pelancong terutama pada hari minggu dan hari cuti am untuk beriadah bersama keluarga serta rakan-rakan. - Foto Bernama

Iklan
Iklan