Enam askar Mexico terbunuh nahas pesawat

Iklan
Gambar menunjukkan sebuah pesawat tentera Mexico terhempas sehingga mengorbankan enam orang di Emiliano Zapata, negeri Veracruz pada Ahad. - Foto AFP

COATZACOALCOS - Enam anggota tentera Mexico terbunuh selepas sebuah kapal terbang yang mereka naiki terhempas semasa berlepas di timur negara berkenaan, kata Kementerian Pertahanan Mexico pada Ahad.

Pesawat Tentera Udara Mexico iaitu LearJet 45 terhempas kira-kira jam 8.45 pagi waktu tempatan selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang di Emiliano Zapata di negeri Veracruz.

Iklan
Iklan

Satu suruhanjaya siasatan nahas kementerian tersebut akan menyertai pasukan tentera dan tentera udara untuk mengeluarkan laporan pakar bagi menentukan punca kejadian.

Tiada maklumat lanjut diperoleh tentang latar belakang tentera itu atau kenapa mereka menaiki penerbangan itu, lapor AFP.

Iklan
Iklan

"Kami mengucapkan takziah berhubung kematian anggota tentera kami," kata pihak kementerian tersebut. - Agensi