Suspek pecah cermin kereta guna batu bata ditahan
Iklan
Antara barangan suspek yang dirampas. (Antara batu bata yang digunakan suspek untuk memecahkan cermin kereta.)
PORT DICKSON - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat perbuatan khianat dengan memecahkan cermin kereta milik penduduk dalam kejadian di taman perumahan sekitar daerah tersebut.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada Sabtu kira-kira jam 3.50 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Port Dickson di Jalan Kemuning Port Dickson.
Iklan
Iklan
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya merampas tiga motosikal bersama anak kunci, sebuah helmet dan juga pakaian yang digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah di sebuah bengkel di Batu 9, Teluk Kemang.
"Dengan kejayaan ini, kita percaya kejadian cermin kereta pecah dibaling batu bata yang aktif sejak seminggu lalu di sekitar Port Dickson berjaya diselesaikan.
Iklan
"Siasatan awal pihak polis mendapati suspek bergerak secara solo dan aktif di sekitar kawasan Taman Perumahan di Port Dickson, Teluk Kemang dan Lukut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, batu bata yang digunakan suspek dikutip sendiri di tepi jalan sekitar tempat kejadian.
Iklan
"Setakat ini, pihak polis menerima sebanyak 18 laporan polis berkaitan pecah cermin kereta dengan menggunakan batu dan siasatan lanjut masih diteruskan untuk kenal pasti motif kejadian.
"Suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut," katanya.
Katanya, hasil ujian urin suspek adalah negatif serta bebas dari pengaruh dadah namun suspek memiliki satu rekod jenayah membabitkan kesalahan mencuri.
"Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda pelik cermin kereta dibaling batu
Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang mengalami kerosakan sejauh tiga kilometer (km), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor) berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768511/berita/semasa/abang-trafik-tunda-3km-rxz-rosak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.