Vaksin Covid-19: Pasport vaksin untuk pengesahan terima suntikan
Iklan
SEPANG - Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
"Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya.