'Hanya kenyataan peribadi Nur Jazlan'
Iklan
Razrul Anwar (tengah) menyerahkan sumbangan beg sekolah, cecair nyahkuman dan wang tunai kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Badan Bertindak Bersatu Bahagian Johor Bahru, Datuk Jemale Paiman ketika Program Mari Kembali Ke Sekolah Norma Baharu di Taman Nong Chik, Johor Bahru pada Sabtu.
JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa parti itu tidak akan memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanyalah pandangan peribadi.
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli berkata, Bersatu tidak perlu melayan kenyataan itu kerana hanya akan memecahbelahkan perpaduan sedia ada antara dua parti tersebut terutama di peringkat akar umbi.
Iklan
Iklan
"Hubungan Bersatu dengan UMNO Johor di bawah kepimpinan Pengerusinya, Datuk Ir Hasni Mohammad yang juga Menteri Besar Johor amat baik dan perlu diteruskan demi kepentingan Bangsa Johor dan negeri ini.
"Diharapkan semua pihak di peringkat akar umbi kedua-dua parti akan meneruskan kerjasama. Jika ada sebarang isu yang timbul, biarkan pucuk pimpinan menanganinya dengan bijaksana dan semangat setia kawan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan beg sekolah, cecair nyah kuman dan wang tunai dalam Program Mari Kembali Ke Sekolah Norma Baharu di Taman Nong Chik di sini pada Sabtu.
Iklan
Pada Jumaat Nur Jazlan meminta Bersatu supaya tidak 'bermimpi' UMNO Johor akan memberi laluan, sebaliknya tetap dengan pendirian untuk tidak sesekali menyerahkan kesemua kerusi yang ditandingi mereka kepada Bersatu pada PRU15.
Sementara itu, Razrul Anwar berkata, semua pihak tidak perlu mengeruhkan lagi hubungan antara Bersatu dan UMNO ketika ini yang dilihat oleh ramai pihak bagaikan retak menanti belah.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bersatu usah bermimpi’
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.