Puluhan paus terdampar di Indonesia gagal diselamatkan

Iklan
Orang ramai berkumpul di pantai Bangkalan, Pulau Madura untuk melihat operasi menyelamat puluhan paus pilot yang terkandas itu. - Foto: AFP

JAKARTA - Kira-kira 46 paus kecil yang terdampar di pantai di Indonesia dilaporkan mati pada Jumaat selepas usaha menyelamat hanya dapat dilakukan ke atas tiga haiwan daripada kumpulan tersebut.

Pihak berkuasa memaklumkan operasi ke atas 49 paus pilot sirip pendek berukuran kira-kira tiga hingga lima meter panjang yang terkandas di pantai Pulau Madura di utara Jawa itu dibuat sejak Khamis.

Iklan
Iklan

Orang ramai turut berkumpul untuk melihat operasi menyelamat kumpulan mamalia tersebut.

"Paus yang masih hidup perlu dilepaskan secara bersama memandangkan haiwan itu hidup dalam kumpulan," kata Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa.

Iklan

Menurutnya, pihak berkuasa telah mengambil sampel bangkai paus itu untuk melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Pada Julai tahun lalu, kira-kira 10 bangkai paus pilot ditemui di Kupang, wilayah Nusa Tenggara Timur.

Iklan

Pada 2018, Indonesia digemparkan dengan penemuan seekor paus sperma dengan lebih 100 cawan plastik dan 25 beg plastik ditemui dalam perut haiwan itu. - AFP