PASUM terima sumbangan 94 naskhah al-Quran

Iklan
Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) terima sumbangan naskhah al-Quran

KUALA LUMPUR - Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) menerima sumbangan waqaf 94 naskhah al-Quran daripada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) pada Jumaat.

Al-Quran berkenaan akan ditempatkan di surau pusat asasi itu bagi kegunaan warga universiti.

Iklan
Iklan

Sumbangan diserahkan oleh Penolong Ketua Kumpulan Pelajar Penyelaras Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ), Nurul Syakirin Borhan kepada Pengarah PASUM, Profesor Dr Ibrahim Mohamed.

Penyerahan disaksikan oleh Penyelaras RPKJ, Ambang Asuhan Jepun, Dr Jamila Mohd.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Dr Ibrahim menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada WUIF atas sumbangan waqaf tersebut.