Ikea Cheras ditutup sementara, pekerja positif Covid-19

Iklan
Kenyataan Ikea Malaysia memaklumkan Ikea Cheras ditutup sementara pada Jumaat susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan pekerja dan kakitangan di situ.

KUALA LUMPUR - Ikea Cheras menghentikan sementara operasinya pada Jumaat susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan pekerja dan kakitangan perkhidmatan yang bertugas di pusat pemborong perabot itu.

Iklan
Iklan

Ikea Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, semua yang terlibat sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri sehingga notis lanjut daripada pihak berkuasa.

Katanya, kali terakhir mereka bekerja ialah pada 8 hingga 14 Februari lalu.

Iklan

"Pihak kami mengambil langkah pencegahan untuk menutup Ikea Cheras hari ini bagi membolehkan proses sanitasi dan pengesanan kontak selari dengan piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kami akan terus melakukan semua langkah keselamatan yang diperlukan termasuk penggantian rakan sekerja, penelusuran kontak, ujian saringan, kuarantin untuk semua kontak rapat dan pembersihan,” jelas kenyataan itu pada Jumaat.

Iklan

Menurut kenyataan itu, pihak Ikea bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan akan bertindak atas nasihat mereka.