SEMPORNA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyekat aktiviti dua lelaki mengebom ikan di perairan Tanjung Tabu-Tabu dekat sini, semalam.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, bot peronda yang menjalankan tugasan rutin terserempak bot pam mencurigakan dinaiki dua lelaki pada jam 3.35 petang sebelum bot memecut laju ke kawasan paya bakau dan suspek meloloskan diri.