Jangan beli kit ujian pantas Covid-19 dalam talian: KKM
Iklan
SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli kit ujian pantas antibodi (RTK-Ab) dan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) yang dijual secara dalam talian dan media sosial untuk kegunaan diri sendiri.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, KKM melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) memaklumkan bahawa kedua-dua jenis kit ujian pengesanan Covid-19 itu dikawal di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan memerlukan kebenaran mengimport dan membekal.