Pemandu lori didakwa bunuh anak tiri
Iklan
Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Tampin pada Jumaat.
TAMPIN - Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh anak perempuan tirinya di Gemas pada awal bulan ini.
Tertuduh, Abu Hassan Darus, 30, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei namun tiada pengakuan direkodkan.
Iklan
Iklan
Mengikut pertuduhan, pada 1 Februari antara jam 3 hingga 5 petang di sebuah rumah di Londah, Gemas tertuduh dengan niat telah melakukan kesalahan membunuh hingga menyebabkan kematian ke atas anak perempuan tirinya yang berusia empat tahun sebulan.
Pertuduhan ke atasnya dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan(Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Iklan
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Ahmad Sazali Omar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 25 Mac depan untuk serahan laporan kimia dan bedah siasat.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Helah hantar anak tiri ke klinik terbongkar
Media sebelum ini melaporkan helah seorang lelaki membawa anak tirinya ke klinik kerana mengalami kekejangan terbongkar selepas dia ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu sehingga maut dalam kejadian pada 1 Februari lepas.
Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 9 Februari lepas kira-kira jam 10 malam di hadapan balai polis ketika menunggu isteri dan seorang lagi anak tirinya berumur sembilan tahun yang dipanggil memberi keterangan.
Pasangan suami isteri bersama dua lagi wanita disambung reman empat hari sehingga Ahad ini susulan kematian seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dipercayai akibat didera, Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Perintah tahanan reman kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 42 tahun itu yang ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini Khamis lalu dibenarkan oleh Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Sebelum ini, kesemua suspek direman selama enam hari bermula Jumaat hingga Rabu.
Difahamkan, pasangan suami isteri yang juga pengasuh kepada kanak-kanak berkenaan diwakili peguam, Mohd Daud Ismail dan Alina Wong manakala kedua-dua wanita terbabit tidak diwakili peguam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662294/berita/semasa/empat-disambung-reman-bantu-siasatan-bayi-maut-disyaki-didera
Muzik: Elevate dari www.bensound.com