Sindiket jualan setem hasil kerajaan, PLKS tumpas
Iklan
Antara individu yang ditahan SPRM dalam siasatan sindiket jualan setem hasil kerajaan dan pelekat PLKS.
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh ahli sindiket penjualan setem hasil kerajaan dan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang melibatkan kerugian hasil kerajaan melebihi RM15 juta.
Kesemua individu berusia lingkungan 30 hingga 39 tahun itu terdiri daripada empat kakitangan sebuah syarikat percetakan keselamatan dan tiga orang awam.
Iklan
Iklan
Sejumlah 2,500 keping Setem Hasil Kerajaan bernilai RM250 dan RM10 yang keseluruhannya bernilai RM12.5 juta telah dirampas dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur, pada Rabu.
Setem hasil yang bernilai RM250 dijual di pasaran gelap dengan nilai RM40 hingga RM60 manakala setem hasil bernilai RM10 dijual dengan harga RM5 hingga RM6.
Iklan
Setem hasil ini selalu digunakan oleh orang ramai sebagai bayaran duti setem bagi suatu perjanjian jual beli dan kebiasaannya dibeli di pejabat pos dan Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Antara rampasan yang dibuat SPRM dalam siasatan sindiket jualan setem hasil kerajaan dan pelekat PLKS.
Selain itu, sindiket ini juga turut menjual pelekat PLKS yang mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi kegunaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Setiap PLKS ini dijual kepada warga asing di pasaran gelap dengan nilai RM700 hingga RM800 sekeping.
Iklan
Bayaran sebenar bagi mendapatkan PLKS adalah antara RM2,000 hingga RM3,000 yang dikeluarkan oleh JIM mengikut sektor pekerjaan yang dipohon.
Modus operandi sindiket ialah bayaran rasuah kepada kakitangan percetakan untuk mencuri keluar setem hasil dan pelekat PLKS dari stor simpanan percetakan dan menjualnya di pasaran gelap melalui tiga orang awam yang lain.
Sindiket ini dipercayai melakukan aktiviti mereka sejak tiga tahun dan mengaut keuntungan bernilai jutaan ringgit.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
"SPRM memandang serius isu ini kerana ia melibatkan kerugian dan ketirisan kepada hasil kerajaan.
"Risikan ke atas sindiket ini berjalan lebih enam bulan hasil kerjasama SPRM dan Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan mendapatkan penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhubung isu tular yang mendakwa pihak kantin menjual makanan tidak bersih di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Diminta mengulas lanjut, Mohd Arifin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu terbabit.
Dalam pada itu, JPNS turut diminta memastikan pengusaha kantin atau pemegang tender membekalkan makanan di asrama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada murid atau pelajar di sekolah masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661794/berita/semasa/jpns-diminta-beri-penjelasan-kantin-sekolah-jual-makanan-tidak-bersih
Muzik: Elevate dari www.bensound.com