Covid-19: Negeri Sembilan, Sarawak catat kebolehjangkitan harian tertinggi

Iklan
Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan kadar Rt Covid-19 harian tertinggi negara iaitu 1.06.

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 harian tertinggi negara iaitu masing-masing pada 1.06 setakat Rabu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi iaitu pada 0.99, diikuti Kelantan dan Melaka (0.96), manakala Selangor, Perak serta Kedah masing-masing mencatatkan Rt 0.93.

Iklan
Iklan

Negeri-negeri lain pula merekodkan bacaan di bawah 0.90 iaitu Terengganu (0.89), Johor (0.87), Kuala Lumpur (0.81), Putrajaya dan Perlis (0.76), Pahang (0.73) dan Labuan yang mencatatkan Rt 0.51.

Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.91, katanya.

Iklan
Iklan

Pada Rabu dilapor sebanyak 2,998 kes baharu Covid-19 dan 22 kematian direkodkan dalam negara. - Bernama