Cubaan seludup masuk 22 pelarian Rohingya gagal
Iklan
COX'S BAZAR - BANGLADESH. Pasukan keselamatan Bangladesh menghalang cubaan sindiket pemerdagangan manusia untuk menyeludup masuk 22 pelarian Rohingya ke Malaysia melalui bot, menurut pihak berkuasa, semalam.
Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) menemui 11 wanita dan 10 kanak-kanak bersama seorang lelaki di perkampungan di pantai Teluk Bengal berhampiran sempadan dengan Myanmar pada Ahad lalu.