PSG lebih unggul

Iklan
Koeman mengakui Barcelona perlu membaiki kelemahan yang ada untuk terus bersaing di pentas Eropah

Pengurus Barcelona, Ronald Koeman mengakui Paris Saint-Germain (PSG) membuktikan mereka lebih hebat berbanding pasukannya ketika meraih kemenangan 4-1 di Nou Camp pada perlawanan pertama 16 Pasukan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi Rabu.

"Lihat sahaja jaringan yang mereka perolehi di tempat kami. Pada babak pertama kami seimbang tetapi separuh masa kedua kami berdepan masalah dalam bertahan.

Iklan
Iklan

"Mereka secara fizikal lebih baik berbanding kami. Ketika mereka menyamakan kedudukan dalam tempoh yang singkat, ia sebenarnya masalah buat pasukan lawan.

"Kami tidak mampu bertahan dengan baik kerana membiarkan bola berlegar di bahagian sayap dan tengah terutama pada babak kedua. Ia ancaman kepada pasukan dan mereka mencipta banyak peluang.

Iklan

"PSG membuktikan mereka pasukan yang lebih lengkap berbanding kami. Kita perlu menerima kenyataan ini dan membaiki kelemahan ini,” katanya.

Lionel Messi meletakkan pasukan tuan rumah dihadapan menerusi penalti pada minit ke 27 sebelum Kylian Mbappe menyamakan kedudukan pada minit ke 32.

Iklan

Tiga lagi jaringan daripada PSG pada separuh masa kedua masing-masing dua jaringan Mbappe dan Moise Kean memastikan bekalan selesa buat mereka pada perlawanan kedua.

Mengulas lanjut, Koeman berkata, jumlah jaringan yang besar bakal menyukarkan pasukannya untuk meloloskan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

"Saya tidak boleh berbohong dalam perkara ini dan perlu menerima hakikat tewas dalam jumlah yang besar di laman sendiri dan perlu mencari gol yang banyak di tempat lawan.

"Kita berada satu tahap di bawah pasukan-pasukan yang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah. Banyak perkara perlu diperbetulkan terutama di pentas Eropah,” katanya.