Malaysia tak perlukan campur tangan ahli politik luar

Iklan
MOHD RAFIQ

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan Malaysia tidak memerlukan sebarang campur tangan ahli politik negara asing untuk menentukan hala tuju negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Mohd Rafiq Mohd Abdullah berkata, jika ada sesiapa yang sengaja menjemput orang luar masuk campur dalam urusan negara, maka ia adalah satu keperluan mendesak.

Justeru, beliau menasihatkan mereka yang terlibat supaya tidak menjual negara kepada ahli politik asing walaupun berbeza pandangan.

Iklan
Iklan

"Dari dulu lagi memang ada ahli politik pembangkang yang suka membawa campur tangan asing ke negara kita. Ini bukan perkara kecil.

"Membawa ahli politik negara asing untuk mencampuri urusan domestik kita adalah seperti menggadai kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Rafiq berkata, kenyataan yang mengkritik Malaysia itu boleh dibaca menerusi satu kenyataan menggunakan logo sebuah perkumpulan yang dikenali sebagai ‘ASEAN Parliamentarians for Human Rights’.

"Antara pengasas kumpulan ini ialah Lim Kit Siang dari DAP dan Charles Santiago (DAP).

Iklan

"Pengerusi terkini ialah Charles Santiago, ahli Parlimen DAP,” katanya.

Pada Selasa, media melaporkan sejumlah 90 ahli Parlimen daripada tujuh negara ASEAN menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membenarkan Parlimen bersidang tanpa sekatan secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan bersama itu, mereka berkata, persidangan Parlimen penting untuk memastikan kebertanggungjawaban kerajaan, menilai langkah darurat, melindungi hak asasi dan menyumbang ke arah proses membuat keputusan berkenaan dasar utama.

Kenyataan itu turut ditandatangani ahli Parlimen dari Thailand, Indonesia, Timor-Leste, Kemboja, Filipina dan Singapura.