Kami sudah kembali

Iklan
Liverpool kembali mencatatkan kemenangan selepas melalui situasi sukar dalam saingan EPL.

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp membidas pihak yang menyangka The Reds akan tewas pada perlawanan 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah menentang RB Leipzig awal pagi Rabu.

Menurut Klopp, anak buahnya telah menutup mulut para pengkritik dengan kemenangan 2-0 di tempat lawan dan membuktikan mereka kembali menemui sentuhan.

Iklan
Iklan

"Mereka menunjukkan permainan meyakinkan dan ia amat diperlukan para pemain bagi meningkatkan motivasi selepas mengharungi situasi sukar.

"Kita tahu Leipzig boleh menjadi pasukan yang kuat dan telah membuktikannya banyak kali selepas menewaskan pasukan-pasukan pilihan namun kami berjaya mengawal mereka dengan cara yang luar biasa.

Iklan

"Kami bertahan dengan baik. Apa pun ini baharu perlawanan pertama dengan ramai yang mahu kami gagal melayakkan diri ke suku akhir.

"Dua tahun berturut-turut kami bermain dengan baik tetapi tahun ini berdepat dengan sedikit masalah. Pemain saya telah bangkit dan kita akan terus memberikan yang terbaik,” katanya.

Iklan

Dua jaringan daripada penyerang The Reds, Mohamed Salah dan Sadio Mane di Budapest memberikan bekalan selesa buat Liverpool bagi aksi kedua di Anfield.

Kemenangan tersebut muncul selepas juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berdepan kekalahan berturut-turut kepada Brighton, Manchester City dan Leicester.

Dalam pada itu Klopp memuji persembahan penjaga golnya, Alisson Becker selepas dihantui kesilapan pada dua perlawanan terdahulu.

"Ini akan banyak membantunya selepas ini. Leipzig pasukan yang kuat dan dia tidak membenarkan gawangnya bolos,” katanya.