Mourinho akui kesilapan

Iklan
Bale dijangka akan diturunkan pada perlawanan 32 pasukan Liga Europa pada Jumaat ini menentang Wolfsberg.

PENGURUS Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengakui telah melakukan kesilapan terhadap Gareth Bale dan Dele Alli kerana mengabaikan kedua-dua pemain berkualiti itu.

Kata Mourinho, dia kerap mengkritik pemain berkenaan menyebabkan wujud pelbagai spekulasi behubung masa depan mereka bersama Spurs.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun pun pengendali dari Portugal itu bersedia untuk menjernihkan kembali keadaan dengan hasrat untuk memiliki seramai mungkin pemain berkualiti di kelab berkenaan.

"Mereka merupakan pemain yang baik sewaktu cergas dan memberikan persembahan terbaik kepada kelab. Saya tidak nafikan tentang perkara tersebut.

Iklan

"Sebagai pengendali pasukan, ada masnaya kita tidak boleh membuat keputusan yang salah. Sebarang keputusan memerlukan penelitian tetapi dalam beberapa hal kita mungkin tersilap.

"Saya tidak pernah menyatakan bahawa kami tidak perlukan atau mahukan pemain ini lagi. Mereka mempunyai potensi tetapi ada syarat yang perlu diikuti.

Iklan

”Skuad merindui Gio Lo Celso begitu juga dengan Sergio Reguilon yang berdepan kecederaan. Sekiranya kita dapat mengembalikan mereka dan berjaya menjadikan Alli dan Bale cergas, ia suatu peningkatan besar buat pasukan,” katanya.

Bale kembali semula ke Spurs dari Real Madrid secara pinjaman pada awal musim ini hanya membuat 16 penampilan dengan 248 minit masa bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL) manakala Alli pula bermain sebanyak 14 perlawanan dengan 101 minit di atas padang.

Menurut Mourinho, Bale mungkin akan diturunkan pada perlawanan 32 pasukan Liga Europa menentang Wolfsberg pada Jumaat ini.

"Dia boleh bermain dengan baik dan mencetak gol. Tidak ada masalah selepas perlawanan sebelum ini. Jadi kita lihat adakah dia boleh bermain pada Jumaat atau pada Ahad ketika menentang West Ham.

"Pemain berkualiti sewaktu mereka cergas akan memberikan impak kepada sesebuah pasukan. Sekiranya dia cergas, saya sangat alu-alukan,” katanya.