68,003 dalam kumpulan sasar KPWKM terima suntikan vaksin fasa pertama
Iklan
PUTRAJAYA - Seramai 68,003 individu dalam kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) akan menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, mereka yang terlibat terdiri daripada 48,564 warga emas merangkumi ahli Pusat Aktiviti Warga Emas dan penghuni institusi seliaan KPWKM serta 19,439 orang kurang upaya (OKU) berdaftar yang juga pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti.