Ahmad Ruzman CEO baharu THTS

Iklan
Ahmad Ruzman

LEMBAGA Tabung Haji (TH) melantik Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) berkuatkuasa pada 4 Januari 2021.

TH memaklumkan, pelantikan Ahmad Ruzman yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam Kumpulan TH selaras dengan usaha TH dalam memantapkan kepimpinan organisasi itu.

Iklan
Iklan

"Beliau pada awalnya memulakan kerjaya di THTS pada tahun 1988 sebagai pengurus penerbangan sehingga menyandang jawatan sebagai pengurus besar kanan (operasi),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

TH berkata, pada tahun 2004, beliau telah dipinjamkan ke TH dan seterusnya diserap sebagai kakitangan tetap sehingga menyandang jawatan terakhir sebagai pengurus besar (operasi domestik) TH sehingga akhir tahun 2020.

Iklan

Beliau berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Ijazah Sarjana Muda Sains (BSc) dalam bidang Pengurusan Operasi dari Universiti Northern Illinois, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Ahmad Ruzman berbesar menerima amanah dan kepercayaan yang diberikan untuk menerajui THTS yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji dan umrah serta aktiviti pelancongan dalam dan luar negara.

Iklan

"Walaupun industri pelancongan sedang berhadapan dengan ketidaktentuan untuk kembali pulih seperti keadaan sebelum Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia, namun saya akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan kelangsungan THTS dan kesiapsiagaannya untuk menghadapi pelbagai cabaran lagi pada masa akan datang,” katanya.