Dua pengarah ditahan kemuka tuntuan palsu Program Subsidi Upah

Iklan
Azmi Alias

JOHOR BAHRU - Dua pengarah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Suspek yang merupakan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 60 dan 64 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Johor pada petang Isnin.

Iklan
Iklan

Kedua-dua mereka didakwa membuat tuntutan palsu berkaitan Program Subsidi Upah (PSU) di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penangkapan kedua-dua pengarah syarikat tersebut.

Iklan

"SPRM memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan isu ketirisan khususnya terhadap bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat dalam tempoh Covid-19 ketika ini.

"Siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya.

Iklan

Beliau berkata, kedua-dua suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM sementara menunggu pendakwaan di mahkamah.