'Lockdown' di Auckland selepas dua penduduk positif Covid-19

Iklan
Bandar raya Auckland di New Zealand dikenakan perintah berkurung bermula pada Isnin akibat penularan Covid-19. - Foto AFP

AUCKLAND - Selepas enam bulan bebas daripada ancaman Covid-19, Auckland dikenakan perintah 'lockdown' selama tiga hari bermula Isnin selepas dua penduduknya dikesan positif virus itu daripada varian sama yang ditemui di United Kingdom.

Auckland sebelum ini pernah menjalani perintah 'lockdown' pada bulan Ogos tahun lalu selepas Covid-19 dikesan mempunyai kaitan dengan seorang pekerja yang mengendalikan muatan beku di negara tersebut.

Iklan
Iklan

"Ia memperkukuhkan keputusan untuk mengambil tindakan segera dan kukuh dalam kes terbaharu bagi mengesan dan menghentikan kemungkinan berlaku sebarang penularan," kata Kementerian Kesihatan New Zealand seperti dilaporkan oleh AFP.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengarahkan 'lockdown' selama tiga hari yang dilaksanakan dalam kalangan hampir dua juta penduduk di bandar raya Auckland.

Iklan

Sekolah-sekolah dan perniagaan tidak penting juga terpaksa ditutup.

Beberapa pegawai kesihatan kini berusaha untuk mencari bagaimana virus tersebut boleh memasuki negara berkenaan.

Iklan

Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield berkata, fokus utama untuk mencari punca jangkitan tersebut adalah di tempat kerja pesakit Covid-19 itu yang melibatkan wanita.

Wanita itu bekerja di sebuah syarikat dobi yang menyediakan perkhidmatan mencuci pakaian untuk penerbangan antarabangsa kerana ia mempunyai kaitan dengan jangkitan berkaitan dengan sempadan negara.

Ardern telah dipuji sebelum ini kerana pengurusannya dalam membendung Covid-19 dengan New Zealand mencatatkan kurang 2,000 jangkitan pandemik itu setakat ini. - Agensi