Dominant gantung operasi kilang, pekerja positif Covid-19
Iklan
KUALA LUMPUR - Pengeluar produk panel kayu dan komponen perabot, Dominant Enterprise Bhd bertindak menggantung sementara operasi kilang dan gudang di Muar, Johor, selepas dua pekerja disahkan positif Covid-19 pada 11 Februari susulan saringan terhadap semua kakitangannya.
Berikutan itu, kesemua pekerja terbabit telah dikuarantin dan diasingkan daripada pekerja lain, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin.