Lucu bila lembu jadi tetamu pengantin

Iklan
Paparan Twitter Shahrul Azwan tular di media sosial.

PADA musim cuti sekolah boleh dikatakan hampir setiap minggu akan menerima jemputan perkahwinan dari sanak saudara mahupun rakan-rakan.

Namun berbezanya di sebuah majlis perkahwinan apabila menerima tetamu tidak diundang hingga mencetuskan panik.

Iklan
Iklan

Mana tidaknya, seekor lembu dewasa secara tiba-tiba hadir di majlis itu sambil menjilat sisa makanan yang berada di atas meja tetamu.

Aksi lucu itu berjaya dirakam oleh pemilik Twitter Shahrul Azwan yang berdurasi 40 saat hingga tular di media sosial.

Iklan

Katanya, aksi itu sempat dirakam ketika sedang berehat dan secara tiba-tiba ada tetamu 'VIP' datang.

"Tengah lepak kenduri, sekali ada tetamu VIP mai, sempoi habis... ," katanya.

Iklan

Walaupun ada individu cuba menghalau lembu itu beredar dari majlis tersebut namun binatang itu enggan berganjak.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh lembu tersebut.

Ada juga berseloroh lembu itu akan disembelih kerana membuat kacau.

"Kena sembelih juga lembu ni... buat perangai la... ," kata Ye Saya.

Bagi Danish Hayqal pula menyifatkan kenduri itu adalah paling 'rare' kerana belum pernah tetamu yang hadir adalah seekor lembu.

Video itu juga berjaya meraih 156,000 tontonan, lebih 15,000 ciapan dan 8,000 tanda suka dari netizen sejak dimuat naik kelmarin.