Vaksin: Utama golongan berisiko, kawasan padat penduduk

Iklan
Golongan berisiko dan anggota keluarga B40 yang tinggal di kawasan berkepadatan tinggi seperti pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) perlu diberi keutamaan untuk menerima vaksin Covid-19. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Golongan berisiko dan anggota keluarga B40 yang tinggal di kawasan berkepadatan tinggi seperti pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) perlu diberi keutamaan untuk menerima vaksin Covid-19, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, beliau akan berbincang mengenai cadangan itu dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Kita mengetahui jumlah rakyat asing yang ramai adalah dari Wilayah Persekutuan dan di sektor binaan sahaja ada ratusan ribu pekerja asing.

"Oleh itu, di kawasan padat penduduk, kita menanggung risiko yang tinggi sebab tinggal berjiran dengan pendatang asing dan terbukti berlaku kes yang banyak,” katanya pada sidang media di Pusat Sementara Gelandangan Komuniti Sentul Perdana, di sini, pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Jemaah Menteri sebelum ini bersetuju memperluaskan pemberian vaksin secara percuma kepada semua rakyat asing yang menetap di Malaysia. - Bernama