[DIKEMASKINI] 203 ditahan rentas daerah, negeri tanpa kebenaran
Iklan
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seramai 203 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran semalam (Jumaat), menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, antara kesalahan lain turut direkodkan termasuk tiada penjarakan fizikal membabitkan 167 individu, tidak memakai pelitup muka (117), keluar rumah tanpa alasan munasabah (84), gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan (57) dan 22 ditahan atas kesalahan membawa penumpang berlebihan.