Peranan radio sebar mesej wajar diiktiraf: Saifuddin
Iklan
KUALA LUMPUR - Sumbangan dan peranan radio dalam menyebarluaskan mesej dan agenda kerajaan ke arah pembangunan bagi sesebuah negara wajar sentiasa diiktiraf.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sejajar dengan tema sambutan Hari Radio Sedunia (WRD) 2021 'Dunia Baharu, Radio Baharu' oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), radio memainkan peranan penting khususnya dalam menyebarkan maklumat terkini kepada pendengar dan masyarakat.