AGC bantah permohonan cabar tindakan PM nasihat Agong
Iklan
KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Khamis membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam tempoh darurat.
Permohonan itu difailkan pada 26 Januari lalu oleh ADUN Simpang Jeram yang juga Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub, ADUN Gurun yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan ADUN Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari dengan menamakan perdana menteri dan kerajaan sebagai responden.