KKM perlukan sukarelawan 60 tahun ke atas

Iklan
Senarai sembilan buah hospital yang bolrh dihubungi jika orang ramai berminat menjadi sukarelawan bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19.

SHAH ALAM - Sukarelawan berumur 60 tahun dan ke atas diperlukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyertai Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19.

KKM dalam hantaran terbaharu di Facebooknya pada Khamis berkata, kajian itu turut menguji keberkesanan dan keselamatan vaksin bagi warga emas.

Iklan
Iklan

"Justeru, seramai 315 hingga 450 warga emas diperlukan untuk sertai (kajian) sebagai sukarelawan.

"Kami mengalu-alukan sukarelawan warga emas yang berminat untuk menyumbang dalam pembangunan vaksin Covid-19," katanya.

Iklan

KKM menjelaskan, mereka yang berminat boleh menghubungi sembilan buah hospital yang terlibat.

Menurutnya, kajian berkenaan dijalankan KKM dengan kerjasama Institut Perubatan Biologi, Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS).

Iklan

"Sedikit perkembangan terkini kajian melibatkan sukarelawan 18 tahun ke atas, seramai 8,162 telah menghubungi sembilan buah hospital yang terlibat dalam percubaan klinikal ini, setakat 9 Februari lalu.

"Sebanyak 50 peratus iaitu 1,512 sukarelawan telah bersetuju untuk menyertai kajian ini manakala 38 peratus sukarelawan telah menerima dos pertama vaksin kajian atau plasebo," katanya.