Inter Milan lebih baik

Iklan
Antonio Conte

BIARPUN tewas kepada Juventus pada separuh akhir Coppa Italia awal pagi Rabu, Inter Milan berpendapat jurang antara kedua-dua pasukan itu berjaya dikurangkan.

Menurut pengurus Inter Milan, Antonio Conte, ia berdasarkan kepada prestasi dan pencapaian semasa pasukannya musim ini berbanding sebelumnya.

Iklan
Iklan

"Lihat sahaja kepada kedudukan Inter Milan pada musim 2017 sehingga sekarang. Kita telah membaiki prestasi dan memberikan yang terbaik.

"Setiap perlawanan besar pasti akan ada satu pemenang dan ia sesuatu yang buruk kepada sesebuah pasukan sekiranya gagal memenangi sebarang kejuaraan dalam satu-satu musim tetapi kita bekerja ke arah itu.

Iklan

"Saya fikir jurang ini berjaya kita kurangkan dan merupakan satu motivasi untuk meningkatkan kekuatan dan terus bekerja keras,” katanya.

Perlawanan separuh akhir kedua Coppa Italia antara Juventus menentang Inter Milan pada awal pagi Rabu berkesudahan tanpa jaringan dengan The Old Lady melangkah ke perlawanan akhir dengan agreget 2-1.

Iklan

Menurut Conte, Inter Milan sepatutnya menjaringkan gol bagi setiap peluang yang dimiliki tetapi gagal berbuat demikian.

"Ia sesuatu yang memalukan selepas 180 minit kita lihat dua pasukan terikat sehingga tamat perlawanan.

"Kita berikan mereka kelebihan pada separuh akhir pertama. Kita berusaha mencari gol di tempat lawan kerana dengan satu gol mereka akan berdepan masalah,” katanya.