Lagi senator Demokrat umum sertai Pilihan Raya Presiden AS

Iklan
Amy Klobuchar. - Foto Reuters

MINNESOTA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lagi senator wanita parti Demokrat mengumumkan penyertaan dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2020.

Senator Amy Klobuchar berkata, beliau bertanding demi semua yang mahu kerja mereka dihargai.

Iklan
Iklan

"Saya tidak mempunyai jentera politik dan saya bukan orang berada, namun saya mempunyai keazaman kuat," kata Klobuchar, 58, yang juga seorang bekas ketua pendakwa di Hennepin, Minnesota pada 1998.

Klobuchar yang dilantik ke dalam Senat pada 2006, sebelum ini menerima pujian kerana berjaya menekan Hakim Mahkamah Agung Brett Kavanaugh dan calon Peguam Negara William Bar ketika satu perbicaraan pengesahan.

Iklan
Iklan

Sehingga kini, sejumlah lima wanita dari parti Demokratik telah mengumumkan penyertaan dalam Pilihan Raya Presiden AS termasuk Elizabeth Warren, Kamala Harris, Tulsi Gabbard, dan Kirsten Gillibrand. - BBC