Bapa tak mengaku salah lakukan amang seksual terhadap anak

Iklan
Tertuduh diiringi anggota polis di Mahkamah Sesyen Butterworth pada Selasa.

BUTTERWORTH - Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya berusia tujuh tahun.

Tertuduh berusia 44 tahun membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Iklan
Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berkenaan yang bekerja sendiri didakwa melakukan kesalahan itu di antara 15 November 2020 sehingga 20 Januari lalu di dalam bilik sebuah rumah kira-kira jam 10 malam.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.

Iklan

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat selain diletakkan di bawah pengawasan polis bagi satu tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Anbananthan Yathiraju.

Iklan

Norhayati membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain meletakkan syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu dan berhubung dengan mangsa sekiranya dijamin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.