Azmin beri bayangan kekal di Parlimen Gombak
Iklan
Mohamed Azmin
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi bayangan akan terus mempertahankan kerusi yang disandangnya itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata, sebagai ahli Parlimen sudah menjadi tanggungjawab bukan sahaja untuk memimpin Gombak tetapi mewakili masyarakat berbilang kaum di Parlimen berkenaan.
Iklan
Iklan
"Saya mengulangi tekad untuk terus memimpin Gombak dan mewakili setiap lapisan masyarakat, tak kira kaum dan agama kerana inilah tanggungjawab saya sebagai ahli Parlimen dan warganegara Malaysia yang dambakan kemakmuran bersama buat semua anak Malaysia," ciapnya di laman Twitternya pada Ahad.
Mohamed Azmin antara seorang pemimpin utama dalam pengaturan semula politik negara sebelum ini dan menyertai Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai salah seorang Menteri Kanan.
Iklan
Untuk rekod, Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa sejak 2008 itu merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada di dalam gabungan PH di peringkat Persekutuan ketika parti itu menerajui pemerintahan negara selama 22 bulan.
Iklan
Selepas PH tumbang, Mohamed Azmin mengetuai sekumpulan 11 ahli Parlimen PKR menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diterajui Muhyiddin yang juga Perdana Menteri baharu selepas kejatuhan PH.
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu berkata, pengesahan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengenai taraf akademiknya itu telah 'menutup mulut' semua pihak yang mempertikaikan perkara berkenaan.
Kontroversi membabitkan taraf pendidikan Khairul Azhari rancak diperdebatkan susulan menimbulkan kekeliruan kerana beliau memiliki ijazah sarjana tanpa ijazah sarjana muda.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661773/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-harap-tiada-lagi-serangan-peribadi-semasa-kempen
Muzik: Elevate dari www.bensound.com