Motoyama tiba di Malaysia
Iklan
Masashi Motoyama
KUALA LUMPUR - Pemain import Kelantan United FC (KUFC), Masashi Motoyama yang juga bekas tonggak skuad kebangsaan Jepun tiba di sini pada Sabtu menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga-M) 5 Mac ini.
Bekas pemain utama kelab Liga Jepun Kashima Antlers berusia 41 tahun itu perlu menjalani tempoh kuarantin wajib sebelum memulakan sesi latihan pertama bersama KUFC di Kota Bharu.
Iklan
Iklan
"Saya agak tidak sabar untuk menyertai pasukan ini (KUFC) dan bermain bersama mereka. Saya juga tidak sabar untuk bertemu peminat di Malaysia. Terima kasih atas sokongan anda semua untuk saya,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd pada Sabtu.
Motoyama merupakan seorang daripada anggota skuad kebangsaan Jepun memenangi Piala Asia edisi 2004.
Iklan
Iklan
KUFC sebelum ini mengesahkan mendapat khidmat Motoyama bagi menghadapi saingan musim 2021 melalui kerjasama strategik dengan syarikat pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>