Kluster Pasai penyumbang terbesar kes positif di Sarawak
Iklan
KUCHING - Setelah hampir sebulan, Kluster Pasai yang mula dikesan di Sibu pada 9 Januari lalu terus menjadi penyumbang terbesar kes positif Covid-19 di Sarawak dengan penambahan 77 kes positif dilaporkan pada Sabtu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, penambahan jumlah kes positif itu menjadikan jumlah keseluruhan melibatkan kluster berkenaan kini meningkat kepada 2,288 kes.