Nasi bajet RM3

Iklan
Kakitangan Duyung & Marina Resort (DMR), Tengku Irma Tengku Othman (kanan) dan Wahida Ghazali menunjukkan pilihan nasi bajet RM3 yang ditawarkan kepada pelanggan di gerai nasi bajet di Jambatan Sultan Mahmud, hari ini.

Gerai yang mula beroperasi pada Khamis lepas atas inisiatif Duyong Marina & Resort demi kebajikan 156 pekerja dan kelangsungan operasinya berikutan perniagaan terjejas akibat pandemik COVID-19.

Pengurus Besarnya, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, gerai nasi bajet ini turut menyuntik motivasi dalam kalangan pekerja bahawa pihak pengurusan tidak lepas tangan atau berpeluk tubuh sahaja dalam menghadapi situasi ekonomi yang mencabar ini, sebaliknya terus bersama-sama bekerja demi kelangsungan resort tersebut.

Iklan
Iklan