Kes Adib: Polis akan cari cap jari pada jentera bomba

Iklan

PUTRAJAYA - Polis akan menggunakan apa cara sekalipun termasuk mencari cap jari perusuh pada jentera bomba bagi memberkas individu yang memukul anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, orang ramai yang berada di lokasi itu juga diminta tampin untuk membantu polis mengesan pelaku yang menyebabkan kecederaan serius terhadap Muhammad Adib.

Iklan
Iklan

"Ada juga yang mengatakan mereka tarik pintu bomba. Tentu ada tanda-tanda cap jari, tangan dan sebagainya. Jadi langkah-langkah seperti itu yang dianggap penting untuk Pasukan Forensik untuk mendapatkan kesan siapa yang terlibat, itu harus dibuat.

"Kita tidak akan terlepas pandang untuk mengenalpasti siapa yang telah mencederakan Adib,” katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri, hari ini.

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Menteri kecam tindakan perusuh]

[ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Adib ditarik dari jentera ketika pasukan berundur]

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: PDRM tubuh pasukan khas]

Dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) termasuk van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib diserang dengan balingan batu dan objek lain menyebabkan berlaku kerosakan pada cermin serta badan kenderaan itu.

Dalam situasi panik untuk berundur, mangsa telah ditarik keluar dari tempat duduk penumpang van EMRS oleh perusuh dan dipercayai dipukul sehingga tidak sedarkan diri.

Beliau kemudian dikejarkan ke SJMC sebelum dipindahkan ke IJN pada jam 11.30 malam tadi dan dilaporkan mengalami patah tulang rusuk dengan kesan lebam di bahagian dada.