Covid-19: Lagi kes varian B117 dikenal pasti

Iklan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Satu lagi Varian B177 dikenal pasti di Malaysia baru-baru ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sesi libat urus media darurat Covid-19 siri 2 2021 pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Memang betul Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada mengesan satu lagi kes varian B117 daripada rakyat tempatan yang pulang daripada menjalani latihan di Emiriah Arab Bersatu (UAE)," katanya.

Mengulas lanjut, Ketua Unit Virologi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) KKM, Dr T Ravindran berkata, sampel berkenaan diambil di pintu masuk antarabangsa.

Iklan

"Banyak kajian yang perlu kita lakukan sebelum menyimpulkan sama ada mutasi baharu itu memiliki kadar kebolehjangkitan yang tinggi atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, setakat ini, tiada varian yang dikesan di Brazil dan Afrika Selatan dikenal pasti di negara ini.

Iklan

Sebelum ini, varian B117 dikesan pada pertama kali di negara ini selepas rakyat tempatan pulang dari United Kingdom pada Disember lalu sebelum didapati positif pada 28 Disember.