PFM rayu kerajaan benarkan aktiviti penggambaran
Iklan
Sehingga kini kerajaan masih tidak membenarkan sebarang aktiviti penggambaran sehingga menyebabkan semua syarikat penerbitan filem dan televisyen mengalami kerugian besar. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) merayu kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran dilaksanakan segera dengan prosedur operasi standard (SOP) bersesuaian terutama aktiviti penggambaran di luar studio dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Presidennya, Pansha berkata, sehingga kini kerajaan masih tidak membenarkan sebarang aktiviti penggambaran sehingga menyebabkan semua syarikat penerbitan filem dan televisyen mengalami kerugian besar.
Iklan
Iklan
"Mereka terpaksa menanggung kos bulanan operasi atau penerbitan yang makin meningkat dan pembatalan aktiviti penggambaran. Malah, penggiat seni bebas seperti pengarah, pelakon, pekerja belakang tabir dan lain-lain juga perit untuk meneruskan kehidupan seharian.
"Mereka tidak dapat bayaran kerana kerja tidak dapat dijalankan. Dana yang disediakan kerajaan untuk merancakkan industri seni ketika banyak syarikat tiada projek juga tidak dapat disempurnakan akibat aktiviti penggambaran tidak dibenarkan,” menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Pansha berkata, keadaan itu turut menjejaskan kontrak dan pembayaran antara syarikat penerbitan dan stesen televisyen kerana banyak program tidak dapat disiapkan.
Beliau berkata penerbitan kandungan kreatif juga adalah antara perkhidmatan kepada rakyat Malaysia, justeru keseimbangan dalam mengatasi pandemik Covid-19 dan menjana ekonomi perlu sewajarnya dipertimbangkan. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>